Tahniah !!
Muhammad Salahuddin, 3 Othman
Sebagai pembuka kata dan mauduk bicara,
antara persiapan yang dapat dilakukan oleh setiap individu pelajar untuk
mencapai kejayaan dalam bidang akedemik adalah sentiasa rajin mengulang kaji
pelajaran tanpa mengenal erti penat dan lelah. Pepatah kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya harus dijadikan pegangan dalam usaha mengejar
kejayaan yang diimpi-impikan oleh setiap pelajar. Sepatutnya selepas tamat waktu
persekolahan, sama ada di rumah
mahupun di asrama, kita perlu mengulang kaji semula ilmu yang baru sahaja dipelajari di dalam kelas agar lebih memahami
dan dapat mengingat kembali apa yang diajarkan oleh guru. Sesungguhnya cara ini
lebih berkesan untuk memantapkan lagi pemahaman kita terhadap sesuatu topik. Walaupun
kejayaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai, namun kita
janganlah berputus asa dan kita perlulah meneruskan perjalanan kita untuk mencapai
apa yang kita dicita-citakan selama ini dengan penuh kegigihan dan kesabaran. Walaupun
kegagalan kali pertama mungkin amat pahit dan perit untuk ditempuhi, namun akan
terasa manisnya apabila kita berjaya dengan hasil usaha tangan kita sendiri. Tegasnya, sikap rajin berusaha amat dominan
dalam menentukan kejayaan seseorang dalam bidang akademik kerana sesungguhnya
usaha tangga kejayaan.
Selain itu, antara persiapan yang dapat dilakukan untuk menjamin kejayaan
dalam bidang akademik adalah dengan mengurus masa dan membuat jadual harian
bagi memudahkan lagi urusan seharian kita. Untuk membuat jadual pula, kita juga
perlulah bijak mengagihkan masa dan membahagikan subjek-subjek mengikut keutamaan. Namun perlu diingat,
jadual harian ini perlu juga mengambil kira kesesuaian masa untuk belajar dan
riadah. Sebagai contoh, kita memperuntukkan masa belajar untuk dua ataupun tiga
subjek dalam sehari, namun boleh juga mengikut cita rasa masing-masing. Jadikanlah
jadual itu sebagai panduan untuk kita menguruskan diri dengan lebih efisien dan
sistematik. Walaupun, senario ini nampak mudah, tetapi akan memberi impak positif
yang besar kepada kita. Contohnya, jika semua anggota masyarakat mendidik anak mereka dengan perkara sebegini,
masyarakat tersebut dapat melahirkan insan-insan yang berdisiplin dan bijak untuk menguruskan masa kepada
negara. Impaknya, generasi yang berdisiplin dan berdaya saing dapat dilahirkan
dan pastinya negara akan dipandang tinggi daripada negara-negara lain. Bagi
diri pelajar sendiri pula, dengan kejayaan pelajar mengurus masa akan dapat
meletakkan diri mereka setanding dengan
orang-orang yang berjaya.
Selain itu, secara berkumpulan juga antara salah satu
persiapan untuk meningkatkan lagi pencapaian dalam bidang akedemik. Hal ini
dikatakan demikian kerana, belajar secara berkumpulan ini dapat menambahkan lagi
pengetahuan kita dengan cara berkongsi pendapat dan pandangan antara satu sama
lain. Namun, perkara ini perlu dipandang serius kerana dapat memberikan impak
negatif kepada sesetengah indivdu. Sebagai contoh, ada juga beberapa kumpulan
yang acuh tak acuh untuk belajar kerana mereka banyak berbual, dan bermain. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan
benda ini berlaku setiap kumpulan perlulah membataskan kapasiti ahli kumpulan
dan melantik ketua kumpulan agar dapat memastikan aktiviti pembelajaran
berkumpulan dapat berjalan lancar mengikut perancangan.
Konklusinya, kita sebagai penuntut
ilmu ataupun pelajar perlulah bersedia untuk membuat persediaan sehabis baik
untuk menghadapi peperiksaan dan janganlah memandang mudah terhadap perperiksaan kerana peperiksaan itu amatlah
penting untuk menentukan masa hadapan kita. janganlah mengambil mudah dengan
membuat persediaan pada akhir-akhir waktu. Hargailah masa kerana masa itu amat
berharga bagi kita kerana mengikut kata-kata orang dahulu, masa itu ibarat emas.
Janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Menyesali keputusan peperiksaan yang
kurang cemerlang mungkin tiada gunanya lagi. Sebelum nasi menjadi bubur,
seyogianya setiap pelajar mengorak langkah membuat persiapan yang secukupnya
untuk mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik dan seterusnya mencorakkan
kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Pelajar ini ada kelebihan mengarang yang baik.... 😊😊 kalau diasah betul2, insya-Allah mampu jadi karangan terbaik! Tahniah!
BalasPadam