Para pelajar cikgu sangat seronok apabila diberikan peluang untuk menjana kreativiti mengungkapkan beberapa aspek komsas dalam kajian
Antologi Anak Laut ke dalam bentuk puisi. Cikgu telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk sama-sama berbincang bagi siri ulangkaji komsas cerpen dan prosa klasik. ada kumpulan yang berjaya menyiapkan ungkapan pantun berdasarkan cerpen dan prosa dengan begitu menarik. Berikut merupakan contoh garapan idea kreatif para pelajar 4 IBNU SINA 2009
salam sejahtera...
BalasPadamkump 1
BalasPadamsyafiq
fauzan
aziemah
amalina
fatnin
fateha
amira
(bayan)
bayan kepunyaan khoja maimun,
lidah petah berkata-kata,
berhati mulia pandai berlakon,
suara merdu pandai bercerita.
(bapa bayan)
ayam digoreng nasi ditanak,
makan bersama-sama ketupat,
belas kasihan sayangi anak,
juga gemar memberi nasihat.
(bibi zainab)
masuk kampung simpang tiga,
masuk bersama sebuah kereta,
bibi zainab main kayu tiga,
di samping suka mendengar cerita.
(pengajaran)
emak minah pergi ke jeti,
untuk membeli seekor ikan,
hendaklah kita bersikap simpati,
juga sentiasalah berbelas kasihan.
(nilai)
seekor lelabah ada lapan kaki,
sering memanjat ke sana-sini,
kita tak harus bersikap dengki,
antara kita sesama sendiri.
saling nasihat-menasihati,
berkasih dan juga sayang,
bijaksana dan juga simpati,
begitulah nilai oleh pengarang.
(pantun berdasarkan cerita bayan tiada menurut kata)
PANTUN BERDASARKAN CERPEN ANNYSS SOPHILLEA ANTOLOGI ANAK LAUT
BalasPadamMOHD HAIKAL
AMEER AMIRUL
MOHD ASYAARI
HAMIZATULHAWA
NUSRAH HUSNA
FARAH FAZRINA
WATAK AKMAL
sahabat annyss penduduk bumi,
baik hati budi pekerti,
ke alstonia seorang diri,
membantu Annyss kawan sejati.
WATAK ANNYSS
lemah lembut juga berani,
gigih mencari tak henti-henti,
mencari sampai ke muka bumi,
malang sekali tiada di sini.
WATAK STRENN
sedap rasanya buah mempelam,
baru dibeli di pasar tani,
dia sepupu yang sangat kejam,
merampas takhta kerabat sendiri.
NILAI
ayu manis si cantik puteri,
cantik bersongket bertatah permata,
dalam hidup harus berani,
gigih usaha pasti berjaya.
tanam tepian pohon selasih,
daunnya gugur tepian para,
dalam hati tanamkan kasih,
pupuk amalan bekerjasama.
PENGAJARAN
hidup seharian ikut peraturan,
agar jenayah dapat dibanteras,
marilah berjuang tegakkan kebenaran,
agar kezaliman terus terpadam.
DARIPADA :
BalasPadam-JAUZI
-HARITH
-AHMAD KHAIRI
-AIMI
-ANDI
-HABIBAH
LAMBAIAN MALAR HIJAU
Sungguh indah batu permata,
Sayang sekali bersalut debu,
Cikgu Jo tidak berputus asa,
Mengajak perawan menimba ilmu,
Daneng enggan blajar semula,
Cintakan alam jadi alas an,
Akhirnya daneng bersetuju juga
Datuk daneng jadi gelaran.
Pohon selasih tepi telaga,
Daunnya gugur tepian titi,
Alam sekitar harus dijaga,
Mergastua warisan asli.
Hendak ke hulu membeli barli,
Pegi ke hulu menaiki sampan,
Ilmu itu perlu dicari,
Buat bekalan masa hadapan,
Hendak berakit ke tanjung katung,
Berakit-rakit terus ke muara,
Usaha cikgu , daneng yang un tung,
Budi yang baik dikenang juga,
Keropok ikan sedap bersira,
Sedap dimakan tepi titian,
Cikgu Jo gigih mendidik bangsa,
Amanah diri jadi pegangan.
haikal
BalasPadamkaedah yang menarik dan berseni..
bagus untuk pelajar!
Asyaari bin Ahamd Zulkepli
BalasPadam-saya amat tertarik dengan hasil kerja yang diberikan kerana ia sangat menarik dan mudah untuk dihafal.
saya harap ia dapat membantu saya dalam peperiksaan...
insyaallah...
apelah aimi ni
BalasPadamperawan tu perempuan
o0o..saya amat menyukai pantun aimi..
BalasPadamNor Aziemah dan Nurul Fatnin
BalasPadam-pantun ini banyak membantu kami dalam mengingati perwatakan serta nilai dan sebagainya
-kaedah ini seronok dan kami tidak bosan mempelajari komsas
ralat:
BalasPadamLAMBAIAN MALAR HIJAU
Sungguh indah batu permata,
Sayang sekali bersalut debu,
Cikgu Jo tidak berputus asa,
Mengajak Daneng menimba ilmu
-ahmad khairi bin kasimin
BalasPadam-muhammad syafiq bin samruzlan
kami suka belajar komsas dengan cara ini kerana ia banyak membantu kami meningkatkan ingatan kami tentang komsas.
melalui pembelajaran komsas juga.kami dapat mempelajari berbagai pengajaran dan nilai yang bermanfaat dalam kehidupan kita.
sekian,terima kasih.
seronok sangat!!!!!!
BalasPadammundzir & faris
Amira-
BalasPadampantun ini agak menarik.memudahkan dalam pelajaran kami
Fateha-
kaedah pembelajaran yang digunakan amat menarik dan menyeronokkan. Memudahkan untuk memahami komsas
amalina
-apabila pantun dilagukan dengan lagu kanak-kanak ia lebih mudah dihafal dan menarik untuk dipelajari
bib_cha_rynna_larlar
BalasPadamTerima kasih diucapkan kepada Cikgu Latifah kerana telah memperkenalkan kaedah mudah ini dalam usaha mengingat fakta komsas. Moga dengan kaedah baru ini dapat meningkatkan prestasi kami dalam subjek Bahasa Malaysia. Wah,hebat!:DD Syabas!!!!!!!!!!
Kaedah mengingat fakta komsas melalui mengarang pantun amat efektif. Selain, mengingati fakta-fakta komsas,pelajar-pelajar juga dapat menggunakan bahasa Melayu secara kreatif melalui penghasilan pantun. Kaedah ini memudahkan para pelajar dan juga memartabatkan Bahasa Melayu.
BalasPadamnurfatin hanani, suhaila, nur hidayah, azwa, mundzir dan faris
BalasPadammabur tinggi si burung merbah
hinggap sebentar tepian titi
anak bongsu mohsin dan musalmah
kasih sayang tinggi di hati
patung kencana jadi simpanan
bunga mawar menjadi pengganti
pusaran menjadi korban sembelihan
junid rela menjadi pengganti
puteri bongsu di tepian titi
berteman dengan teruna bangsawan
rasa insaf timbul di hati
sayangnya junid pada pusaran
kencana emas jadi rampasan
jadi simpanan sang penakluk
sayangnya junid pada pusaran
nilai kasih sayang sesama makhluk
hinggap sebentar si burung merbah
sambil menyantap buah melaka
walau lembut pujuk musalmah
memujuk junid tidak berjaya
puteri melaka idaman kalbu
jadi tunangan putera kechil
lembu malang kematian ibu
disusui junid sejak kecil
hawa
BalasPadam-pada saya, cara ini adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mengingat fakta komsas. lebih-lebih lagi, pelajar harus mengkaji begitu banyak antologi dalam sukatan matapelajaran bahasa melayu.
Selain dapat mengingat fakta-fakta penting, kreativiti pelajar juga mampu ditonjolkan dalam membuat puisi.
secara tidak langsung, cara ini membantu pelajar untuk mengukuhkan penguasaan bahasa melayu.
aimi asrina...
BalasPadamdalam mencipta sebuah pantun yang indah, seharusnya pembayang yang digunakan menggunakan istilah2 berunsurkan alam atau bahasa melayu klasik seperti putera, berdagang, selasih, suasa dan sebagainya. hasilnya, pantun yang dikarang dapat digarap dengan lebih indah dan asli. rima pantun juga bukan sahaja penting pada bahagian belakang, tapi harus juga pada bahagian tengah sesuatu baris. contohnya:
pulau panDAN jauh ke teNGAH,
gunung daIK bercabang tiGA;
hancur baDAN di kandung taNAH,
budi yang baIK dikenang juGA.
seharusnya kita menghargai warisan pantun masyarakat melayu dahulu kala. walaupun kebanyakan daripada mereka buta huruf, namun pantun-pantun mereka sangat puitis dan terlalu bernilai hendak dibandingkan dengan harga.
Saya sememangnya amat menyukai cara pembelajaran ini kerana ia memudahkan saya untuk mengingati fakta komsas dengan berkesan.
BalasPadamIKHLAS DARIPADA : NURHIDAYAH BINTI YAHAYA
4 IBNU SINA
2009
bagus
BalasPadam