Punca-punca berlakunya pencemaran alam
Inilah hasil penulisan intelek anak-anak didik 3 Abu Bakar:
Pada era pascaglobalisasi , sering terpampang di dada-dada akhbar tentang kemelut pencemaran alam sekitar yang melanda negara kita. Pencemaran ini semakin meningkat berpunca daripada kerakusan manusia mengejar kekayaan dan penggunaan teknologi moden dan canggih. Di samping itu , pencemaran ini juga berpunca daripada kecuaian sesetengah pihak yang tidak mementingkan kesan terhadap alam sekitar. Hal ini membimbangkan seantero masyarakat tentang bahaya dan risiko yang menanti mereka. ( Kumpulan 1 - Nur Amira Farahiyah, Syahidah Najwa, Nurul Asyiqin, Nur 'Alyaa, Halily Haida, Siti Khadijah )
----- Forwarded Message -----
From: Muhammad Firdaus
To: "latifahterkep@yahoo.com"
Sent: Monday, September 10, 2012 12:02 PM
Subject: Punca-Punca berlakunya pencemaran alam sekitar
From: Muhammad Firdaus
To: "latifahterkep@yahoo.com"
Sent: Monday, September 10, 2012 12:02 PM
Subject: Punca-Punca berlakunya pencemaran alam sekitar
Pada
realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penebangan hutan juga
dapat memberikan impak negatif kepada alam sekitar. Di samping itu,
kegawatan ekonomi yang berlaku di negara kita telah memaksa segelintir
masyarakat yang tidak bertanggugjawab menebang pokok tanpa lesen secara
berleluasa. Dengan kata lain mereka sanggup menebang pokok secara haram
untuk kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan rencaman impak yang
akan berlaku terhadap alam sekitar.Bagi membuktikan perkara ini, contoh
yang boleh diketengahkan ialah kepupusan flora dan fauna, banjir sekali
gus menyebabkan peningkatan suhu secara mendadak. Akibatnya seantero
penduduk berasa tidak selesa dengan impak negatif yang terpaksa mereka
hadapi akibat daripada penebangan hutan secara berleluasa oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab bak kata pepatah angkara nila setitik, rosak
susu sebelanga.( Kumpulan 2 - Firdaus, Ziyad Haziq, Muhammad Zulhamizan, Anwar, Akif, Aidil Aswad, Zhafrie )
Selain itu, pembuangan sisa toksik
yang boleh menyebabkan pencemaran udara. Laporan Jabatan Alam Sekitar dalam akhbar Utusan Pengguna
pada tahun 2001 menunjukkan jumlah keluaran bahan pencemar di Malaysia
dianggarkan sebanyak 933000 tan setahun.
Sisa toksik juga boleh menyebabkan pencemaran air dan menyebabkan berlakunya perubahan dari segi kandungan,keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap hidupan.Kesan yang
akan dialami oleh manusia seperti cirit birit,muntah dan sakit perut.
Pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya pencemaran laut.Masalah
ini berlaku disebabkan oleh berlakunya tumpahan minyak dari tangki dan
pelantar minyak turut merebak ke laut. Kesan daripada itu menyebabkan
hidupan akuatik seperti kerang,hidupan liar turut
musnah seterusnya memungkinkan habitat tersebut pupus .Selain itu
,aktiviti manusia seperti memproses serbuk mencuci pakaian serta
pembuangan secara terbuka turut memberi kesan kepada pencemaran alam
sekitar. Di samping itu ,pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya
pencemaran tanah.Pencemaran ini berlaku akibat daripada tindakan
manusia,akibatnya terjadi perubahan warna,tanah kehilangn kesuburan dan
hakisan .Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan yang
berbentuk cecair dan pepejal .Seterusnya ,bahan
pencemar terdiri daripada bahan organik ,kimia ,atau
fizik.Kehilangan kesuburan tanah akan mengganggu aktiviti pertanian
,khususnya bagi golongan petani yang sumber pendapatannya hasil daripada
aktiviti tersebut. (Nama ahli kumpulan : amirul hakim,adam haiqal , adib ,izzat , syafiq ,mukmin )
FROM:
Seterusnya, punca - punca berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran
terbuka . Pembakaran terbuka ini acap kali dilakukan oleh segelintir
masyarakat yang tidak bertanggungjawab . Hal ini demikian kerana mereka
ingin menghapuskan sisa domestik dari rumah seperti sisa makanan ,
plastik sampah , dan sebagainya .Selain itu , para petani membakar
kawasan pertanian mereka pada setiap tahun bagi menghasilkan tanah yang
lebih subur . Perkara seperti inilah yang memberikan impak negatif
kepada seantero masyarakat dan alam sekitar .Antara kesan pembakaran
terbuka ialah jerebu , penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau. ( Kumpulan 3 - Nurfahzlin Eliyana, Nur Friska, Siti Nurzakiah, Siti Nur Aini, Jannatul Naimmah, Nur Alisya Naajiah )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan