Baiklah , inilah hasil perbincangan intelek anak-anak didik cikgu dalam Makmal Komputer pagi tadi... cikgu harap anak-anak semua dapat menyalin semula karangan ini dengan lengkap...
Ibu bapa merupakan insan yang
amat penting kepada kita, bukan? Terlalu banyak jasa yang mereka curahkan
kepada kita. Ibarat tangan yang menghayun buaian memerintah dunia. Sebagai
anak, kita mestilah menghargai jasa ibu bapa mereka.
Antara usaha yang boleh kita lakukan untuk menghargai ibu bapa kita adalah dengan menjaga pertuturan dan tingkah laku dan mendisiplinkan diri
agar tidak menjejaskan nama baik keluarga. Bertuturlah dengan bahasa yang lembut dan berkelakuan
baik, pasti kita tidak akan menjadi anak yang derhaka. Dengan perlakuan kita yang
baik ini, kita dapat menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita. Sudah terang lagi
bersuluh, kita perlulah sentiasa menjaga tutur kata walau dalam keadaan apa
sekalipun. Allah berfirman kemurkaan-Ku terletak pada kemurkaan ibu bapa dan
keredaan-Ku terletak pada keredaan ibu bapa.
Selain itu, usaha paling
utama dan penting bagi seorang anak untuk menghargai jasa ibu bapa dengan cara mendoakan kesejahteraan mereka . Kita mestilah menjadi
anak yang soleh dan solehah yang boleh dibanggakan oleh ibu bapa , agama dan juga
bangsa . Keredaan ibu bapa amat penting bagi memastikan kebahagiaan seorang anak, persis hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, reda Allah terletak pada
keredaan ibu bapa.
Oleh hal yang demikian , hasrat seseorang anak yang mahu memperoleh
keredaan Tuhan sama ada di dunia mahupun di akhirat hendaklah terlebih dahulu
memperoleh keredaan ibu bapa kita .
Dalam konteks ini, kita juga boleh menghargai ibu bapa dengan
cara selalu membantu mereka dengan hati yang ikhlas. Kadang kala , ibu
bapa kita memerlukan bantuan. Jadi kita sebagai seorang anak hendaklah menawarkan
diri. Tamsilnya, apabila menolong, kita
hendaklah ikhlas dan tidak mengharapkan upah dan
pujian semata.Janganlah kita mengeluh apatah
lagi merungut apabila disuruh melakukan sesuatu. Sudah terang lagi bersuluh, membantu ibu bapa adalah satu kewajipan kepada
anak-anak.
Akhirulkalam , seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa
sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma Abu Bakar pernah berkata, aku pergi
kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada
Rasullah s.a.w.
Aku berkata: ‘’Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?’’ Jawab Baginda: ‘’Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya.’’ Sebagai intiha bicara, hargailah ibu bapa kita selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya, ibu bapa sangat penting dalam hidup kita dan kita haruslah sentiasa menghargai ibu bapa kita .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan