Cari Blog Ini

Ahad, 4 Oktober 2009

CONTOH KARANGAN ULASAN FILEM

Jawapan & Ulasan
Judul : Embun
Arahan : Erma Fatima
Penerbit : Filem Negara Malaysia
Pengulas : Radiatun Nadwah binti Dolah



Cinta dan perang ialah dua subjek yang cukup bertentangan di antara satu dengan yang lain. Yang satu membawakan erti kebahagiaan, manakala perang membawa makna penderitaan. Bagaimanapun filem atau karya sastera melihat kontradiksi itu sebagai hubungan yang cukup istimewa dan sering memberikan pengertian yang cukup menarik apabila digabungkan. Filem “Embun” arahan Erma Fatima juga meneruskan tema begini. Filem ini mengambil landskap Perang Dunia Kedua yang sedang menggila melanda Tanah Melayu. Ketika rakyat sedang menghadapi keganasan dan derita perang, sebuah hubungan cinta anehnya berputik.

Lebih menarik hubungan cinta itu berlaku antara dua kekasih dari dua latar yang berbeza. Si gadis daripada mereka yang sedang dijajah manakala si lelaki daripada tentera yang dikenal kerana kekerasan dan kekejaman. Di sebalik kegilaan perang dalam Embun, hubungan cinta itu patut dilihat sebagai membawa semangat feminis yang kuat. Kebangkitan Embun bertitik tolak dari tertangkapnya Bayu dan kematian bapanya di tangan tentera Jepun. Daripada seorang anak gadis yang malu-malu yang sekadar mahu mengikut kumpulan politik Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan abangnya, Embun berubah menjadi wanita yang berani, pendendam, dan bertekad untuk membalas dendam.

Lebih daripada itu, tekad dan dendam Embun sebagai akibat daripada peristiwa dia dirogol oleh tentera Jepun yang diketuai oleh Leftenan Akaishi. Apabila tidak ada golongan pemuda dan wanita yang berani bertindak dan membantunya, Embun terpaksa bertindak sendirian. Embun beruntung kerana dia diselamatkan oleh Leftenan Koishi seorang pegawai penerangan tentera Jepun yang lebih bersimpati dan memahami penderitaan rakyat tempatan akibat perang.

“Embun” memaparkan kemantapan struktur naratifnya dengan dukungan lakonan, fotografi, dan suntingan untuk menjadi filem tempatan yang cemerlang. Skrip yang ditulis oleh Rohiman Haron ini pernah memenangi hadiah dalam peraduan menulis skrip filem anjuran Finas dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lama dahulu. Struktur naratifnya diolah dengan baik, struktur dramatik dan konfliknya berkembang seimbang di setiap adegan dan memuncak ke penamatnya apabila Embun akhirnya berjaya membunuh Akaishi dan sekali gus menyelesaikan dendamnya biarpun dia sendiri akhirnya terkorban.

Umie Aida sebagai Embun telah memberikan lakonan yang terbaik. Di wajahnya teralir kenaifan gadis desa dan kemudian secara perlahan menjadi pendendam selepas abangnya ditangkap, bapanya mati dan dia sendiri dirogol secara bergilir-gilir. Izi Yahya berjaya menampilkan lakonannya yang terbaik sebagai pegawai tentera Jepun yang rakus dan kejam. Herot wajah dan gerak tubuhnya sudah cukup untuk memberikan dinamisme pada wataknya. Bagaimanapun antara wajah tentera Jepun yang begitu menangkap dan sukar dilupakan adalah Saito, lakonan Mak Kwai Yuen, dengan riak wajah yang dingin serta lebih banyak mengundang misteri yang menakutkan.

Aspek yang cukup cemerlang dalam filem ini ialah arahan fotografi yang dilakukan oleh Teoh Gay Hian. Fotografinya bukan sahaja cantik tetapi sensitivitinya berupaya menghasilkan mood yang sesuai untuk setiap adegan. Cahayanya terkawal, sudut dan gerak kameranya berupaya menangkap detik-detik yang genting. Ada waktunya imej-imej yang dihasilkan sungguh puitis. Aliran air sungai yang tenang dan hampir beku dilimpahi cahaya malam, sedangkan keganasan dan perang sedang bersemarak. Kameranya berjaya menangkap wajah-wajah penduduk kampung yang ketakutan dalam suasana yang genting itu.

“Embun” sebagai sebuah filem bergerak dalam tempo yang baik dengan unsur dramatiknya yang sentiasa terkawal kerana keupayaan suntingan yang cukup sensitif oleh Kamarudin Abu. Shot-shot yang dipilih bukan sahaja memperkuat adegan, menyarankan makna tetapi juga bersifat sugestif. Bagaimanapun struktur dramatik filem ini yang kuat di peringkat awal terasa agak lembut apabila perjalanan cerita semakin menuju ke akhir. Hal ini lebih terasa apabila hubungan Embun dan Koishi mula terbina. Suasana romantis itu hampir menguasai adegan-adegan selepas itu, mujur adegan memuatkan Bayu dan perjuangannya menguatkan semula kesan dramatik filem ini.

Biarpun filem ini memperlihatkan semangat feminis yang cukup kuat, tetapi beberapa adegan dalam filem ini boleh sahaja menimbulkan persoalan. Embun tidak memberikan gambaran emosi dan psikologi yang seharusnya dialami oleh wanita yang pernah melalui peristiwa hitam dan paling ngeri dalam hidupnya. Apakah peristiwa itu telah meragut emosinya dan kesan psikologinya terus hilang? Kita melihat dalam adegan tertentu dia begitu mudah menerima Koishi yang seharusnya dicurigai kerana pengalamannya masa lepas.

Secara keseluruhan, filem “Embun” ialah filem yang menarik untuk ditonton. Filem ini membangkitkan ingatan kita terhadap sejarah pemerintahan Jepun. Ceritanya telah digarap dengan kemas tetapi terdapat sedikit kelonggaran pada akhir cerita. Walau bagaimanapun, filem ini tetap cemerlang dari segi lakonan, sinematografi, dan penyuntingan.



Ulasan Karangan

Ulasan ini telah ditulis dengan gaya bahasa yang menarik. Kosa kata yang digunakan luas, ayat-ayatnya menarik dan gramatis. Ulasan yang diberikan menyeluruh dan dapat memberikan gambaran kepada pembaca tentang filem yang diulas. Di samping itu, ulasan ini juga telah ditulis dengan format yang betul.





21 ulasan:

  1. faris dan fauzan berasa seronok membaca ulasan ini..
    takbir!!!

    BalasPadam
  2. wow!!! best btol cerita ini!!!

    BalasPadam
  3. nusrah dan azwa...
    *penulisan ulasan filem embun ini banyak memberi kita penerangan yang sangat jelas..
    *semua unsur yang terdapat dalam filem dititik beratkan

    BalasPadam
  4. Nurul Fatnin Hizir

    ulasan ini menggunakan kosa kata yang baik dan mudah untuk difahami serta filem embun memaparkan nilai mempertahankan maruah diri serta tekad seorang wanita

    BalasPadam
  5. muhammad jauzi: Watak utamanya,Embun gigih menentang kekejaman yang dilakukan askar Jepun walaupun beliau seorang perempuan dan tidak mendapat sokongan daripada golongan pemuda dan wanita. Beliau tidak berputus asa langsung walaupun menghadapi dugaan seperti ini.

    BalasPadam
  6. -mundzir dan hairi-

    hasil perbincangan kami berdua,ulasan cerita ini.................

    bley la....

    BalasPadam
  7. habibah dan amalina

    Ulasan filem Embun ini membantu kami memahami mesej yang dibawa dengan lebih mendalam.Ia juga menjadi contoh yang baik dalam bidang penulisan ulasan filem.

    BalasPadam
  8. Farah Fazrina dan Nur Fateha
    -Ayat-ayat yang digunakan bagi mengulas filem ini mudah difahami dan dihayati.
    -Jalan cerita yang dipaparkan cukup menarik dan sambil menonton filem ini,kita dapat mengambil iktibar melalui sejarah ini.

    BalasPadam
  9. -Muhammad Syafiq bin Samruzlan.
    -Asya'ari bin Ahmad Zulkepli

    berdasarkan ulasan filem diatas,kami mendapati bahawa filem ini mempunyai unsur-unsur semangat memperjuangkan tanah air sewaktu penjajahan Jepun dahulu.Selain itu,cerita ini ditambahkan tarikannya dengan adengan cinta antara dua insan yang berbeza latar.Berdasarkan ulasan saya merasakan bahawa cerita menarik ditonton dan harus ditonton oleh rakyat negara kita tidak kira lapisan umur.Sekian,terima kasih.

    BalasPadam
  10. nurfatin hanani abdul latif, nor aziemah khalid

    -semangat juang dan sanggup berkorban bagi mempertahankan tanah air
    -berani menentang penjajah walaupun nyawa bakal terkorban

    BalasPadam
  11. Ameer Amirul : Kekejaman yang dilakukan oleh tentera Jepun terhadap Umie Aida sebagai Embun yang merupakan watak utama dalam fiem Embun ini sama sekali tidak berperikemanusiaan.

    BalasPadam
  12. Hamizatulhawa bt Mohamad Salihin dan Aimi Asrina bt Noh:
    -walaupun ulasan ini menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan mudah difahami, namun, isinya padat dan memberi makna yang mendalam.
    -ulasan tadi telah digarap dengan baik dan secara santai telah memberikan pembaca gambaran sebenar filem tersebut.

    BalasPadam
  13. haikal dan harith

    syabas kepada pengulas ulasan tersebut.

    TAHNIAH!!!

    BalasPadam
  14. hidayah dan andi berkata bahawa;

    1.Pengolahan tema antara cinta dan perang diolah dengan begitu baik dan memberikan kesan yang positif kepada para penonton.
    2.Filem ini amat menarik dan memberi kesan yang mendalam kepada para remaja khususnya mengenai soal semangat juang dan cinta akan negara serta percintaan yang tiada jurangnya.

    BalasPadam
  15. ameer amirul93...

    ulasan filem embun ini sangat baik...

    embun,saya cintakan awak!!

    BalasPadam
  16. _-mundzir dan hairi-

    ulasan filem embun ini menggarapkan banyak nilai yang boleh dihayati dalam kehidupan seharian.selain itu,cerita ini mengajar kita erti kepayahan untuk melaungkan kemerdekaan pada masa dahulu.kami menyokong pembikinan filem ini
    terima kasih

    BalasPadam
  17. harith haikal.

    di ucapkan syabas sekali lagi kpada pengulas ulasan tersebut kerana memuatkan nilai-nilai yang sungguh menggugat perasaan.
    penulisannya juga tidak kurang hebatnya.

    TAHNIAH KEATAS BELIAU!

    BalasPadam
  18. salam,, ckgu latifah ... sya nak copy... urgent!pleaseeeeee! :[

    BalasPadam
  19. thumbs up embun da best

    BalasPadam
  20. Wow amazing!!!

    BalasPadam